7 Khasiat dan Manfaat Air Kelapa Muda – Sekarang Anda Ada Sebab Untuk Menyukai Coconut Shake

Rendah dalam kalori, bebas kolestrol dan lemak secara semula jadi, kadar potasium yang lebih banyak berbanding dengan 4 pisang dan boleh melegakan rasa haus – dan banyak lagi kebaikan dan khasiat air kelapa ini!

Sering dipopularkan sebagai “Mother Nature’s sports drink” oleh peniaga di Amerika, permintaan air kelapa di luar negara meningkat kerana mereka sudah mula menyedari bahawa betapa baiknya air kelapa ini hidrasi badan, malah boleh mencegah kanser dan batu karang!

Di Malaysia pula, air kelapa ini sangat mudah untuk di dapati, dan sering diminum sebagai coconut shake.

Adakah anda suka coconut shake? Anda perlu tahu beberapa fakta dan khasiatnya di bawah, sekurang- kurangnya anda mempunyai sebab untuk craving. Dalam artikel ini, anda akan didedahkan kepada:

Apakah itu Air Kelapa?

manfaat air kelapa muda

Air kelapa merujuk kepada air yang semula jadi terdapat di dalam buah kelapa – ianya manis dan berwarna sedikit putih, sesetengah ada yang jernih. Ia mengandungi karbohidrat yang senang untuk dicerna, di dalam bentuk gula dan elektrolit.

Air kelapa biasanya di ambil dari buah kelapa muda, yang berwarna hijau itu – dan air kelapa juga dikenali sebagai air kelapa muda. Orang tidak minum air kelapa dari buah kelapa tua (berwarna coklat) kerana airnya sudah masam dan boleh memudaratkan, bukannya memberikan manfaat.

7 Khasiat dan Manfaat Air Kelapa Muda

Sudah bersedia untuk mengetahui khasiat-khasiatnya? Ketahui selanjutnya di bawah:

1. Membantu Menurunkan Berat Badan

Kandungan lemak yang terdapat di dalam air kelapa sangat rendah. Oleh itu, anda boleh mengambilnya tanpa rasa takut ia akan menyebabkan peningkatan berat badan. Selain itu, air kelapa juga boleh mengurangkan selera dan membuatkan anda rasa mudah/cepat kenyang – kerana ia mengandungi banyak nutrisi.

2. Mencantikkan Kulit

Bagi orang yang mengalami masalah jerawat ataupun masalah kulit yang lain, membilasnya dengan air kelapa boleh membantu kerana air kelapa mempunyai kebolehan untuk mencuci dan memperbaiki tona kulit dan wajah. Ia juga boleh melembapkan kulit dengan meminum air kelapa. Ini masuk akal, kerana sudah banyak produk kecantikan yang berasaskan kelapa yang anda boleh dapat di pasaran.

Kebanyakannya menggunakan nama ekstrak kelapa seperti di dalam produk sabun mandi, syampu dan losyen.

3. Membantu Pencernaan

Jika anda sering mengalami masalah pencernaan, air kelapa boleh memberikan kelegaan yang efektif. Hal ini kerana mempunyai kadar serat yang tinggi, ia boleh membantu mengelakkan masalah ketidakcernaan dan mengurangkan berlakunya refluks asid.

4. Hidrasi Badan

Kandungan yang terdapat di dalam air kelapa sangat berkesan untuk hidratkan badan – lagi efektif berbanding dengan minuman sukan yang terdapat di pasaran. Semasa bersukan ataupun aktiviti fizikal, badan kita banyak kehilangan air dan mineral. Air kelapa boleh membekalkan kembali kehilangan tersebut.

5. Mengurangkan Tekanan Darah

Dalam kebanyakan kes, kadar elektrolik yang tidak seimbang boleh mengakibatkan tekanan darah meningkat. Air kelapa mempunyai kandungan yang seimbang, dan ia boleh bertindak sebagai mekanisma untuk mengimbangkannya.

6. Tinggi Nutrisinya

Tidak seperti air yang anda boleh didapati di pasaran, air kelapa mempunyai 5 elektrolit yang penting, yang turut terdapat di dalam badan manusia. Ini termasuklah; kalsium, magnesium, fosforus, potasium dan sodium. Oleh sebab komposisinya yang unik, air kelapa boleh dinikmati oleh semua orang, tidak kira dia mempunyai penyakit apa.

7. Sesuai Dengan Darah Manusia

Oleh sebab air kelapa ini isotonik kepada plasma manusia, ia boleh digunakan di dalam situasi kecemasan untuk menghidratkan badan manusia. Di negara yang miskin dan terdesak kerana tiada bekalan makanan dan minuman, air kelapa dijadikan sebagai satu minuman gantian kepada keperluan harian mereka.

Berapa Banyak Perlu Minum?

Air kelapa boleh dinikmati secara terus dari kelapa, ataupun ditambah dengan bahan yang lain untuk menambahkan rasa (seperti coconut shake). Tiada nisbah yang khusus di dalam pengambilan air kelapa ini, namun menurut Mayo Clinic, mereka menyarankan bahawa pengambilan air kelapa yang banyak perlu disusuli dengan aktiviti fizikal.

Untuk mendapatkan air kelapa yang terbaik, pastikan anda menggunakan buah kelapa yang muda, berwarna hijau – bukannya berwarna coklat. Selain itu, anda juga boleh menggoncang buah tersebut untuk menentukan jumlah air yang terdapat di dalamnya.

7 Kandungan Air Kelapa Muda

khasiat air kelapa muda

Setelah mengetahui khasiat air kelapa, adalah terbaik jika anda mengetahui apakah yang terdapat di dalam air kelapa yang membawa kepada khasiat tersebut. Berikut adalah 7 kandungan air kelapa muda:

1. Air Kelapa ada… Air!

Nombor 1 ini tidak hairanlah, dah nama air kelapa, memanglah ada air.. kan? Tapi apa yang anda perlu tahu adalah, air kelapa mengandungi 95% air di dalamnya, lagi 5% adalah nutrisi dan mineral. Oleh sebab itu, air kelapa menjadi alternatif terbaik untuk melegakan keletihan dan kehausan – terutama selepas melakukan kerja-kerja berat.

2. Rendah Kalori

Berbanding dengan air biasa, air kelapa tidaklah bebas daripada kalori, tetapi 42 kalori setiap sajian (240g) boleh dikatakan sebagai rendah. Ini menjadikan air kelapa sesuai untuk diamalkan setiap hari, mengantikan minuman manis anda.

3. Potasium

Potasium adalah salah satu mineral yang penting kepada badan. Anda perlukan mineral ini untuk otak dan sistem saraf untuk berfungsi dengan baik. Satu sajian air kelapa boleh menyumbangkan kepada 13% keperluan potasium harian anda.

4. Magnesium

Dalam satu kajian, hanya 32% orang yang mendapat magnesium yang mencukupi seharian. Jika badan anda kurang magnesium, ia boleh memudahkan anda rasa letih dan boleh membawa kepada lelah, kencing manis dan osteoporosis.

Satu sajian air kelapa boleh menyumbangkan kepada 14% keperluan magnesium seharian.

5. Copper

Copper adalah satu mineral yang penting kepada kesihatan anda. Tanpa copper, organ dan metabolisma badan anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Satu sajian air kelapa boleh menyumbangkan kepada 11% keperluan harian anda.

6. Sitokinin

Ahli saintis telah membuktikan bahawa sitokinin boleh melambatkan perkembangan sel kanser, tambahan boleh melambatkan proses penuaan.

7. Antioksida

Air kelapa mempunyai kadar antioksida yang tinggi, yang boleh mencegah kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas. Radikal bebas dihasilkan oleh metabolisma badan kita sendiri sebagai satu tindak balas yang normal. Satu-satunya cara untuk melawannya adalah dengan meningkatkan kadar pengambilan antioksida.

Air kelapa boleh membantu anda dalam hal tersebut.

Tips Tambahan

Air kelapa muda lebih sedap dan enak jika ditambah dengan susu dan ais krim, seperti coconut shake. Anda juga boleh berlaku kreatif dengan menambahkan chips coklat di dalam untuk menjadi lebih enak mengikut cita rasa anda.

Amaran

Air kelapa boleh menyebabkan rasa mengantuk jika diminum dengan banyak, ataupun disusuli dengan makanan berat seperti makan tengah hari ataupun makan malam.

Video Bantuan

Perlukan bantuan visual dalam perkara ini? Anda boleh saksikan pendedahan tentang manfaat air kelapa muda ini oleh HealthyGroceryGirl di bawah:

Kesimpulan

Tidak dinafikan bahawa air kelapa ini banyak memberikan manfaat kepada kita, cuma kita sahaja yang tidak menganggapnya sebagai satu minuman yang berkhasiat. Minuman ini sangat sesuai kepada orang yang aktif bersukan ataupun orang yang tidak berpeluang untuk mengamalkan pemakanan yang sihat.

Walaupun begitu, masih ramai orang yang tidak bersetuju dengan manfaat air kelapa muda ini, kerana masih tidak mempunyai sokongan sains yang kukuh – tidak bermakna anda tidak boleh mengamalkannya.

Jika anda sukakan air kelapa, apa salahnya menikmatinya secara berkala, sekurang-kurangnya anda sudah tahu bahawa air ini boleh menyumbangkan kepada kesihatan badan.

Harap artikel ini membantu anda, silalah berkongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan atau ahli keluarga.

Sekian~

1 thought on “7 Khasiat dan Manfaat Air Kelapa Muda – Sekarang Anda Ada Sebab Untuk Menyukai Coconut Shake”

  1. I’ve always knew that coconut is very good and beneficial that it is even given the nickname Tree of Life. Thank you for sharing this.

    Reply

Leave a Comment